Time To Say Goodbye To Bittersweets 2015
Hanya beberapa minggu lagi, sesi persekolahan akan bermula. Emm masih lagi terasa debaran sewaktu memasuki tahun 2015, mungkin waktu itu, aku akan menghadapi peperiksaan PT3 yang sememangnya level lain dari PMR..PT3 mempunyai perlbagai soalan KBAT yang sangat mencabar minda dan yeah sewaktu ujian PT3 tempoh hari..kertas peperiksaan matematik adalah paling memeningkan kepala saya tapi Alhamdulillah..keputusan slip peperiksaan saya lulus dan target saya untuk tidak mendapat D,E,F tercapai hehehe.. A yang saya dapat cukup-cukup makan tapi saya memang rasa bersyukur yang amat kepada Allah sebab saya tahu PT3 tak mudah jadi i'm quite proud with my result..bukan nak tabik dada or angkat bangku masuk bangkul..tapi tak salah bukan selepas memerah lelah pulang lewat untuk tusyen dan datang ke sekolah setiap hari sabtu untuk kelas tambahan semua kita rasa bangga dengan diri kita sendiri..ia juga bagus untuk kita lebih bersemangat.. 2015 sememangnya tahun yang mungkin amat bermakna bagi saya kerana tahun hadapan sahabat-sahabat aku akan memilih bidang yang mereka sukai dan begitu juga aku. Tapi tak boleh dinafikan tahun ini merupakan tahun yang paling memenatkan dan mencabarkan.
Kehidupan aku normal yeah~ hahaha
Aku harap tahun depan, aku lebih rajin belajar dan fokus dengan bidang yang aku ambil. Well, abah selalu cerita dekat aku tentang sepupu aku yang ambil bidang lain tapi perkerjaan diorang langsung tak berkaitan dengan kerja diorang dan aku tak nak jadi macam tu tapi itulah..mudah-mudahan, Allah permudahkan segalanya. Aku juga perlu pentingkan diri sendiri, like seriously bunyinya mcm kejam but who care..aku kena pentingkan diri sendiri juga sbb aku dah malas nak layan benda yang tak masuk akal dan benda yang merumitkan..aku perlu fokus untuk SPM..form 4 bukan bermakna aku boleh bercuti selepas PT3..kepada reader yang sama umur dengan saya..saya tak galakkan anda semua hiraukan sgt pembelajaran sewaktu di form 4..ye bayangkan 6 tahun belajar untuk UPSR, 3 tahun belajar untuk PT3 then 2 tahun belajar untuk SPM..itu kelebihannya..takkan nak bazirkan 1 satu tahun untuk honeymoon disebabkan berada di ting 4. Gunakan ia sebaiknya.. I don't say that i'm good at all tapi apa salahnya kongsikan pendirian saya..
Tahun depan tanggungjawab pun makin banyak untuk dipikul. Aku hanya berharap aku gigih dan tabah walau besar mana tanggungjawab yang mendatang..I totally ready for 2016.
Aku just harap aku cepat abis belajar dan ada kerja. Aku tak kisah sangat kehidupan di sekolah menengah ni..walaupun aku mungkin akan rindu memori di sekolah menengah tapi terlalu banyak memori yang menyakitkan so hahaha. I just thanked to have Ain and Husni yang dah lama kawan dengan aku..aku ada ramai kawan tp dua ni istimewa..diorang memang faham aku. Susah jugak nak bayangkan kalau takde dua org ni. Bukan aku tak bersyukur dengan kwn yang lain, tapi mesti ada yang seorang atau dua yang memang ngam dengan kita..dalam banyak2 tu yang paling ngam dengan aku, sekepala, segila aku adalah Ain Shahirah dan Husni..sayang korang hahaha
Okaylah act nak citer banyak but aku nak kena g beli baju sekolah. Adioss semua.. Hai 2016
EXO- Sing For You
disebabkan sekarang winter lols baiii
{ 0 comments }
3AM
Asalamualaikum and waddup guy..so apa yang aku tiba-tiba buat pepagi buta ni sedangkan orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi yang indah. Aku pula sedang menghadap laptop..emm by the way, aku rasa aku dah lama tak update blog aku ni..dah berhabuk dah pun hahaha xD
So aku start cerita dari mana eh..Haa one more thing, aku dapat masuk kelas 3 Al-Khindi..Alhamdulilah dapat jumpa kawan sama kelas dulu tapi ada jugak yang naik kelas dan turun kelas..Tapi yeah keadaan masih sama walaupun ada benda jadi waktu awal-awal bulan tu..malas nak cerita masalah apakah itu? hahaha
Hmm tak lama lepastu bulan dua tu, aku ada gi seminar dkt Universiti Malaya..haha dekat situ aku jumpa crush aku ahaks..budak sekolah aku sendiri..sebelum ni aku tak pernah perasan pun..tapi aku anggap dia hanyalah ideal type aku..chenta chentun tu takkanlah kowt..tapi kalau sekarang ni aku rasa aku dah macam into him to much not like i'm too overdose about him..okay takyah speaking.
Nah, fitrah manusialah kan? tapi aku tak rasa pun rasa suka aku ni lama hahaha nanti aku sakit aku akan lupakan dia punya. Well, aku panggil dia tangga sebab aku selalu jumpa dia dekat tangga dan waktu mula-mula aku suka dia pasal dia jalan sebelah aku time turun tangga dekat seminar tu..Sumpah itu klise hahaha
Hmmm masuk bulan tiga, ada ujian bulan 1..untuk keputusan aku..Alhamdulilah, takde fail mana-mana subjek..kedudukan dalam kelas, sumpah aku tak sangka hahaha aku fikir ianya amat susah untuk aku nak dapat kedudukan 10 kebawah sebab kebanyakkan pelajar yang dalam kelas aku dari kelas Al-Farabi, jadi aku rasa susah nak dapat kedudukan 10 kebawah.. tapi Alhamdulilah kepada Allah SWT kerana memakbulkan doa aku. Tapi aku macam tak pasti untuk peperiksaan akhir tahun aku dapat kekalkan kedudukan aku.Harap-harap bolehlah kekalkan kedudukan tu ataupun dapat yang lebih baik.
Memandangkan bulan Mac adalah bulan kelahiran aku, aku kini secara umumnya 15 tahun ahahaha... tapi sambutan hari lahir aku biasa sahaja dapat hadiah ringkas dari kawan dan ucapan hari lahir memandangkan waktu hari lahir aku tu keluarga aku dalam perjalan pulang ke Putrajaya hahaha tapi sebelum hari nak pulang ke Putrajaya tu..kami sekeluarga tidur semalaman di rumah bapa saudara aku dekat Gua Musang.
Sepanjang perjalan pergi ke Kelantan dan pulang kembali ke Putrajaya, aku dapat lihat betapa teruknya bencana banjir yang melanda negeri Kelantan..Melihat rumah yang runtuh dan hanya mampu meninggalkan tapak rumah sahaja, aku tidak dapat membayangkan bagaimanakah menjadi mangsa-mangsa banjir. Aku mendoakan kesejahteraan mereka semua. Malah ahli keluargaku di Kelantan juga mengalami kerugian yang teruk disebabkan banjir..
Hmm aku tak ingat dah apa jadi bulan sebelum ini ahahaha..jadi aku nak cerita tentang peperiksaan pertengahan tahun dan cuti sekolah and a little bit about Tangga. Exam kali ini aku rasa aku dah kena ready, kalau inilah keputusan aku beginilah result untuk pt3 aku nanti..Aku kadang-kadang terfikir aku nak masuk kelas sains tapi dengan result math dan sains aku ni kadang-kadang buat aku putus asa tapi sebagai doktor psikiatri yang berjaya pada suatu masa nanti takkan itu persepsi aku..Nak jadi doktor pasal psikologi ni kenalah selalu positif jadi sedaya upaya aku cuba untuk menjadi sepositif yang aku mampu..:))
Untuk exam pertengahan tahun kali ni..aku baru tahu Geo je..hmm entahlah aku rasa soalan kali ni nampak senang lagi daripada yang ujian bulan 1 tapi kalau itu sahaja aku dapat..aku tak tahulah...
Pasal tangga, hmm ni kali pertama aku rasa aku minat seseorang sampai leh jadi member dengan dia hahaha jadi member hmm mungkin tittle aku dengan dia hanya sebagai seorang member sahaja kot..tapi entahlah kenapa aku macam berharap sangat..tapi member bila dkt wc sahaja bila dekat sekolah aku dengan dia sangat janggal takdelah sanggat,,kadang-kadang aku sendiri yang nak mengelak dari dia hahaha macam aku nak beli nasi dkt kantin..bila dia tetiba ada nak beli nasi gak..aku macam malas nak jumpa dia tapi kawan aku duk suruh ambil peluang hahaha aku ni macam susah sikit hahaha sampai kawan aku cakap aku susah untuk dibaca kalau tentang perasaan ni. Bukan apa, aku nak tegur dia tapi kalau dia buat bodoh saje tak ke hambar tu hahaha buat malu jaa walaupun dia pernah balas lambaian aku tapi..haih entahlah..cinta monyet macam ni memang rumit..lagipun apa yang dia lakukan tu lagi bagi harapan dekat aku..apa yang dia buat tu tak perlulah aku cerita..
Okay..udah psl selimut tertangga tu...Oh Yeah cuti sekolah dah bermula..tapi sekolah aku ada tusyen untuk pt3 dan spm candidate hahaha seminggu wei...jadi cuti aku hanyalah seminggu ahahak
emm oklah aku tak tahu dah nak cakap apa..bai semua!!
Sekarang lagu ni yg selalu bermain di kepala aku hahaha..dari drama korea 'Who Are You'
mungkin kalau ada masa aku buat review tentang drama ni dan pasal novel Seoulmate...sampai sekarang aku takde masa
{ 0 comments } LUHAN
Bagaikan baru terbangun dari mimpi ngeri aku berharap ianya hanya mimpi dan bukanlah kenyataan. Tapi apakan daya ianya adalah kenyataan, kenyataan yang Luhan telah meninggalkan Exo. Aku tak boleh bayangkan OT10, selepas Kris keluar dari Exo aku berharap yang Exo tidak lagi akan mengalami situasi yang sama lagi tapi... it's hard to accept this reality. Waktu Kris keluar pun aku tak boleh terima tapi tetap aku tak pernah kata yang Kris adalah pengkhianat dan akan terus percaya akan OT12.
Baru sahaja semalam Lay bagitahu kat semua EXO-L yang Luhan hanya berehat dan hari ini keluarnya berita yang Luhan keluar dari Exo.. semalam aku lega gila bila dengar apa yang Lay kata tengok2 hari ni aku menangis kerana tak percaya yang Luhan dah keluar dari Exo. SM memang syarikat paling kejam pernah aku tahu dekat Korea ni opss silap dekat dalam dunia ni.
Aku tak pernah sangka yang situasi ni akan berlaku lagi yer mungkin ada tapi sejak hari-hari ni tapi lepas Lay kata Luhan hanya berehat yerr aku dah tak percaya yang Luhan akan tinggalkan Exo..Lega di hati aku tak berkekalan.
Walaupun dia sakit dia bangun untuk perminat dia dan lakukan yang terbaik untuk perminat dia... Bila Luhan sendiri cakap yang dia rasakan yang mereka bagaikan robot di dalam kilang, aku kesian dengan diorang.. SM memang syarikat paling teruk.
Kawan Luhan kata yang Luhan juga nak tinggalkan Exo sebab nak jaga ibu bapa dia. Kalau itu yang Luhan nak dan dia rasa bahagia aku pun akan gembira untuk dia. lagipun dia anak tunggal dia kena jaga mak bapak dia dan aku sebenarnya gembira ada bias yang caring akan keluarga diorang. Tapi dalam hati aku tetap OT12 EXO meant to be 12. Not, 10 or whatsoever. Then, they should end as 12.

Luhan update insta dan weibo dia.. How i wish my internest was faster .. You know what Luhan i love you even more ;') About the weibo Luhan update "I'm home" i don't should i be happy or sad about this one but if you happy then i will happy for you.

friday, 10/10/2014 exo as OT10. thank you for all OT12 memories that you guys gave for us. 10 in eyes but forever 12 in our hearts.

dan thanks Lay kerana masih sokong Luhan.. you such an angel. It's must be hard for you too trying to tell fans who been asking about Luhan. And damn you some of korean fans such racist and blaming Luhan and Kris because their are foreigner... No matter what will happen i will always love you Luhan. Kau tetap suami aku >.< dan tak semudah tu aku akan lupakan kau...kau tetap main bias aku.. Sedihnya aku tak dapat tengok OT12 depan mata aku sendiri T^T... Luhan i will never forget you...I love you..Good luck in your life can't wait to watch your movie next year

'Pretty Girl'
So here am i again. Assalamualaikum dan hi korang, Berdirinya saya disini *berbaring menghadap laptop* uhh... Tujuan saya update blog pada hari ini adalah untuk mem-promote salah satu fanfic saya yang menyertai sebuah pertandingan yang diberi nama 'The Adventurine' sebuah petandingan menulis malay fanfic di Asianfanfiction yang perlu mengikuti prompt yang telah diberi oleh pihak anjuran dan menitik berat akan tema persahabatan, kekeluargaan dan juga moral of story kalau boleh tak mau ada cintan-cintun ni, diikuti dengan genre apa sahaja yang mahu dilakukan oleh author nim.
Bermulalah kisah Si Syafiqah oh aku lah tu xD membuka laman web yang selalu ku kunjungi iaitu Asianfanfiction ngeh ngeh. Sambil ralit aku duk mencari fanfic baru dekat malay tag dan yess aku selalu stalk kat malay tag cari fanfic baru :P Aku terjumpa lah pertandingan tu, entah kenapa aku tertarik ngeee sebelum ni aku memang malas nak join benda camni kenapa sebab aku tak yakin =_=
So aku subscribe sebab nak join huhu. Waktu tengah cari prompt yang sesuai aku terjumpa lagu F(x)-Pretty Girl & 2NE1- Ugly dari situlah dapat tajuk fanfic ni dan juga sebuah quotes yang berbunyi...
‘ Sometimes God doesn’t give you what you think you want, not because you don’t deserve it, but because you deserve better’
Jadi muncul lah idea nak buat cerita pasal dendam antara Si Cantik dan Si Hodoh yang membenci antara satu sama lain wuuuu dah lah time tu pukul 9:00 pagi mujur lah pagi-pagi ni minda aku fresh sikit lol. Dan watak yang aku pilih ialah bias aku Suzy Miss A dan Krystal F(x) sebagai watak utama dalam fanfic ini diikuti dengan watak pembantu yang semestinya Sehun, Kai, Luhan,Tao Exo , Fei,Min,Jia Miss A dan Victoria,Amber,Sulli F(x) nak tahu apa watak diorang... kena lah baca ngeh ngeh
Tapi aku macam sedih sikit ugugugu T^T Ending aku tidaklah begitu menarik membuatkan aku hilang semangat //Apakah?!// Takdelah hilang semuanya cuma macam takde harapan ngah ngah takpe lah berharap ajerlah tapi kalau kalah i don't really care sebab ni kali pertama join jadi tak nak bagi harapan tinggi sangat tapi tipulah kalau kata tak nak menang.
Sebelum baca aku kena bagi warning dulu //Warning..Warning..Warning// *nanyi lagu exo pulak* fanfic ini ialah genre fantansi jadi jangan cakap tak masuk akal sebab bila dengar tag fantasi semua tahu ianya imaginasi semata-mata seperti err unicorn tsk aku pun tak tahu binatang ni wujud ke tak lol unicorn yang aku kenal hanyalah Lay or Zhang Yixing ngeh ngeh #HappyBirthLay wahai healing unicorn hoii..semoga wish hang nak dunia aman termakbul.. Uh apasal jauh sangat gi belajar pasal uncorn ni lol. Klik poser untuk baca keke bye semua <3 <3 <3
{ 0 comments }
Long Time No See
Esok dah sekolah and here am i still want more holiday well maybe i'm tired. Tsk, penat pasal apa aku tak tahu haha XD. Ya Allah exam akhir tahun dah nak dekat dah ni dan aku masih dalam keadaan yang separuh ready separuh nak taknak jer untuk exam akhir tahun ni.
Kelas apa aku nak masuk tahu depan bergatung harap dengan result exam akhir tahun dan aku takde niat nak naik kelas pun sebenarnya. Aku lebih sayangkan kelas Al-khindi dan aku harap dapat jumpa kawan-kawan aku yang sama dalam kelas 3 Al-Khindi tahun depan tapi tak tahulah macam mana dengan kawan-kawan aku sendiri. Hei, aku tak nak pentingkan diri tapi kita lihat sahajalah tahun depan macam mana.
Sebab aku tak nak masuk kelas depan hurmm tak perlu cakap lebih sangat aku ni budak kampung eleh korang tahu budak kelas belakang kekadang style 'ada aku kisah aku cam mana sekalipun' dan itu style aku. Aku suka budak-budak kelas jenis easy-going macam waktu form 1 dulu tapi bila form 2 jenis camni dah lari pasal budak dari kelas depan mahupun belakang masuk dan budak kelas sendiri pergi kelas depan ataupun belakang. Jadi takde lah happening cam form 1 dulu keke budak sekelas ngan aku tahun ni jangan marah. Aku tak benci korang cuma aku takde feel cam dulu HA HA HA.
Siapa kat sini ada pergi tengok movie annabelle. Hari jumaat minggu lepas aku pergi tengok movie tu setelah rumah aku di datangi oleh Husni, Ain Shahirah dan Ain Nabila yang mengajak aku ke Alamanda well hari jumaat tu aku tak datang sekolah Opss. Kiranya empat hari aku cuti lah jumaat,sabtu,ahad,isnin ngeh ngeh :P
Movie itu buat aku terkejut mujur sahaja popcorn kat tangan aku tak jatuh bagi makan dekat lantai sebegitu sahaja dan sebenarnya sometime aku pejam mata aku bak hang lu penakut duh kata lah apapun kalau kau ditempat aku kau akan tahu sengal!! xD Dah lah si Husni tu baru start dah melatah 'oh mak kau' lol satu panggung gelakang dia duh, Nak dikatakan aku duduk dengan husni dua orang dekat seat tepi manakalah Ain S,Atikah ngan Izazzi duk tengah. Tsk Hunhan lah kononnya =_=
By the way selamat hari raya haji or aidil adha kepada semua umat islam, Kepada yang balik kampung untung ah aku ni duk putrajaya ajer. Orang pagi-pagi pakai baju kurung aku pakai baju tidur alahai sadisnya ngah ngah. So bye aku dah tak tahu nak citer pasal apa dan sesiapa kat sini nak baca one-shot aku yang bertajuk 'Pretty Girl' cerita ni pasal dendam camtu. Pyong ~
{ 0 comments }














