3AM
Asalamualaikum and waddup guy..so apa yang aku tiba-tiba buat pepagi buta ni sedangkan orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi yang indah. Aku pula sedang menghadap laptop..emm by the way, aku rasa aku dah lama tak update blog aku ni..dah berhabuk dah pun hahaha xD
So aku start cerita dari mana eh..Haa one more thing, aku dapat masuk kelas 3 Al-Khindi..Alhamdulilah dapat jumpa kawan sama kelas dulu tapi ada jugak yang naik kelas dan turun kelas..Tapi yeah keadaan masih sama walaupun ada benda jadi waktu awal-awal bulan tu..malas nak cerita masalah apakah itu? hahaha
Hmm tak lama lepastu bulan dua tu, aku ada gi seminar dkt Universiti Malaya..haha dekat situ aku jumpa crush aku ahaks..budak sekolah aku sendiri..sebelum ni aku tak pernah perasan pun..tapi aku anggap dia hanyalah ideal type aku..chenta chentun tu takkanlah kowt..tapi kalau sekarang ni aku rasa aku dah macam into him to much not like i'm too overdose about him..okay takyah speaking.
Nah, fitrah manusialah kan? tapi aku tak rasa pun rasa suka aku ni lama hahaha nanti aku sakit aku akan lupakan dia punya. Well, aku panggil dia tangga sebab aku selalu jumpa dia dekat tangga dan waktu mula-mula aku suka dia pasal dia jalan sebelah aku time turun tangga dekat seminar tu..Sumpah itu klise hahaha 
Hmmm masuk bulan tiga, ada ujian bulan 1..untuk keputusan aku..Alhamdulilah, takde fail mana-mana subjek..kedudukan dalam kelas, sumpah aku tak sangka hahaha aku fikir ianya amat susah untuk aku nak dapat kedudukan 10 kebawah sebab kebanyakkan pelajar yang dalam kelas aku dari kelas Al-Farabi, jadi aku rasa susah nak dapat kedudukan 10 kebawah.. tapi Alhamdulilah kepada Allah SWT kerana memakbulkan doa aku. Tapi aku macam tak pasti untuk peperiksaan akhir tahun aku dapat kekalkan kedudukan aku.Harap-harap bolehlah kekalkan kedudukan tu ataupun dapat yang lebih baik.
Memandangkan bulan Mac adalah bulan kelahiran aku, aku kini secara umumnya 15 tahun ahahaha... tapi sambutan hari lahir aku biasa sahaja dapat hadiah ringkas dari kawan dan ucapan hari lahir memandangkan waktu hari lahir aku tu keluarga aku dalam perjalan pulang ke Putrajaya hahaha tapi sebelum hari nak pulang ke Putrajaya tu..kami sekeluarga tidur semalaman di rumah bapa saudara aku dekat Gua Musang.
Sepanjang perjalan pergi ke Kelantan dan pulang kembali ke Putrajaya, aku dapat lihat betapa teruknya bencana banjir yang melanda negeri Kelantan..Melihat rumah yang runtuh dan hanya mampu meninggalkan tapak rumah sahaja, aku tidak dapat membayangkan bagaimanakah menjadi mangsa-mangsa banjir. Aku mendoakan kesejahteraan mereka semua. Malah ahli keluargaku di Kelantan juga mengalami kerugian yang teruk disebabkan banjir..
Hmm aku tak ingat dah apa jadi bulan sebelum ini ahahaha..jadi aku nak cerita tentang peperiksaan pertengahan tahun dan cuti sekolah and a little bit about Tangga. Exam kali ini aku rasa aku dah kena ready, kalau inilah keputusan aku beginilah result untuk pt3 aku nanti..Aku kadang-kadang terfikir aku nak masuk kelas sains tapi dengan result math dan sains aku ni kadang-kadang buat aku putus asa tapi sebagai doktor psikiatri yang berjaya pada suatu masa nanti takkan itu persepsi aku..Nak jadi doktor pasal psikologi ni kenalah selalu positif jadi sedaya upaya aku cuba untuk menjadi sepositif yang aku mampu..:))
Untuk exam pertengahan tahun kali ni..aku baru tahu Geo je..hmm entahlah aku rasa soalan kali ni nampak senang lagi daripada yang ujian bulan 1 tapi kalau itu sahaja aku dapat..aku tak tahulah...
Pasal tangga, hmm ni kali pertama aku rasa aku minat seseorang sampai leh jadi member dengan dia hahaha jadi member hmm mungkin tittle aku dengan dia hanya sebagai seorang member sahaja kot..tapi entahlah kenapa aku macam berharap sangat..tapi member bila dkt wc sahaja bila dekat sekolah aku dengan dia sangat janggal takdelah sanggat,,kadang-kadang aku sendiri yang nak mengelak dari dia hahaha macam aku nak beli nasi dkt kantin..bila dia tetiba ada nak beli nasi gak..aku macam malas nak jumpa dia tapi kawan aku duk suruh ambil peluang hahaha aku ni macam susah sikit hahaha sampai kawan aku cakap aku susah untuk dibaca kalau tentang perasaan ni. Bukan apa, aku nak tegur dia tapi kalau dia buat bodoh saje tak ke hambar tu hahaha buat malu jaa walaupun dia pernah balas lambaian aku tapi..haih entahlah..cinta monyet macam ni memang rumit..lagipun apa yang dia lakukan tu lagi bagi harapan dekat aku..apa yang dia buat tu tak perlulah aku cerita..
Okay..udah psl selimut tertangga tu...Oh Yeah cuti sekolah dah bermula..tapi sekolah aku ada tusyen untuk pt3 dan spm candidate hahaha seminggu wei...jadi cuti aku hanyalah seminggu ahahak
emm oklah aku tak tahu dah nak cakap apa..bai semua!!



Sekarang lagu ni yg selalu bermain di kepala aku hahaha..dari drama korea 'Who Are You'
mungkin kalau ada masa aku buat review tentang drama ni dan pasal novel Seoulmate...sampai sekarang aku takde masa 
[ 0 comments ]